Top overhaule sendiri untuk Kereta wira
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca sekalian. saya akan kongsikan cara-cara membongkar dan membaik pulih pada bahagian head enjin kereta ataupun biasa disebut sebagai top overhaule.
Antara gejala ataupun tanda enjin yang perlu dilakukan top overhaule adalah seperti enjin mengeluarkan asap yang banyak, minyak pelincir berkurang dengan cepat,idle enjin tidak stabil dan yang paling ketara ialah kehilangan tenaga pecutan pada enjin.enjin jadi lembab dan tiada tenaga
PERSEDIAN ALATAN DAN PERKAKAS
8
Sediakan alat seperti spanar,plier,long- nose plier,scru-driver,T-handle,soket dan automatic handle.
PROSES TOP OVERHAULE
Proses top top overhaule sebenarnya tidak begitu susah dan rumit jika anda melakukan pembongkaran enjin dengan teliti.kesilapan biasanya berlaku kerana kecuaian. Sikap yang teliti serta kesabaran yang tinggi adalah sesuatu yang sangat penting dalam kerja-kerja enjin.
- Langkah pertama adalah dengan melepaskan cable dan hose air yang tersambung ke head dan carburator. Kemudian lepaskan manifoul exhause dan penutup camshaft pada bahagian atas head enjin.masing-masing menggunakan spanar 12 untuk manifoul dan spanar 10 untuk penutup camshaft.penutup timing belt mengunakan bolt 10. Lepaskan timing belt dengan cara melapaskan bolt 19 pada pulley bahagian bawah.pastikan timing mark anda betul sebelum anda melepaskan timing belt.
- Lepaskan bolt head enjin.menggunakan soket dan T-handle. Bolt biasanya mengunakan saiz 12 ataupun L-key 8. Setelah itu lepaskan bolt 14 yang terpasang pada bahagian bawah carburator yang mengikat di antara carburator dengan bracket.Lepaskan head beserta intake manifoul sekaligus.
- Seterusnya lepaskan intake manifoul, roker arm, valve dan sebagainya daripada head enjin sebelun dibersihkan.
- Kemudian grind valve yang telah dibersihkan
- Cuci skali lagi menggunakan air dan keringkan.kemudian gosok permukaan head menggunakan kertas pasir sehingga rata dan halus.
- pasang alat ganti yang baru seperti valve seal,o-ring,seal camshaft.setelah itu, pasang pula valve yang telah di grind tadi.
- pasang intake manifoul dan carburato
- Setelah semuanya siap dipasang, gosok pula bahagian block enjin sehingga rata.kemudian sapu dan ratakan gam dan head gasket. Pasang head yang telah dibaiki tadi.kunci bolt dengan kekuatan torque 60 ke 70 poun.
- Kemudian pasang timing belt yang baru.pastikan marking anda betul.
- Pasang semula penutup timing belt.
- Selaraskan rocker arm menggunakan saiz 15/ 25 (intake/exhause)
- Pasang semua cable dan hose.
Ada video kah tuk bungkar pasangnya..?
BalasPadam